Objektif dan Matlamat










Untuk Memberi bimbingan serta kursus kepada usahawan untuk menjana ekonomi  mereka di masa hadapan

Mencari dan mengenalpasti peluang peluang perniagaan untuk di ceburi oleh ahli-ahli

Mewujudkan perpduan di antara usahawan yang terdiri daripada berbagai kaum dan bangsa

Mewujudkan kerjasama dengan mana-mana DEWAN PERNIAGAAN dan PERTUBUHAN yang seumpamanya

Menjadikan satu platform pengadunan bagi menangani masalah ahli-ahli

Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal seliaan daerah, negeri dan kebangsaan. 

Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah DEWAN PERNIAGAAN dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan DEWAN PERNIAGAAN yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pendaftar Pertubuhan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Pendaftar Pertubuhan. 

Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan DEWAN PERNIAGAAN, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
                                                                                                               
Semua wang keuntungan yang didapati oleh DEWAN PERNIAGAAN daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat DEWAN PERNIAGAAN ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja DEWAN PERNIAGAAN ini. DEWAN PERNIAGAAN juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntunganhendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan DEWAN PERNIAGAAN.

0 comments:

Post a Comment